Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama

2024-06-14 berita.rtm.gov.my

HaiPress

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,12 Jun - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan boleh agih bagi suku pertama berakhir 31 Mac,2024,naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion daripada RM14.42 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

Pendapatan boleh agih itu tidak termasuk keuntungan ‘mark-to-market’ (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan,kata dana persaraan itu dalam kenyataan.

"Walaupun prestasi suku pertama kukuh,pasaran kewangan terus berdepan beberapa risiko meluas seperti kadar faedah yang tinggi untuk tempoh lebih lama,risiko geopolitik dan konflik serta perubahan dasar berikutan pilihan raya di beberapa negara ekonomi besar pada tahun ini," menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.