Kenanga IB optimis sektor pembinaan, didorong projek mega

2024-06-14 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,13 Jun- Kenanga Investment Bank Bhd kekal yakin terhadap prospek sektor pembinaan,didorong pelancaran projek infrastruktur mega.

Sasaran itu termasuk projek Aliran Transit Aliran Massa 3 (MRT3),Pan Borneo Fasa 2 dan inisiatif tebatan banjir.

Justeru,bank pelaburan berkenaan mengekalkan saranan wajaran tinggi bagi sektor tersebut yang akan turut disokong projek pembinaan sektor swasta.

Kontraktor di bawah pengurusannya turut mempamerkan prestasi memberangsangkan pada suku pertama 2024.

Berdasarkan prestasi itu,pendapatan sektor pembinaan sepatutnya bertambah baik sepanjang tahun ini selari dengan kemajuan kerja dan projek baharu.

Pada Rabu,Perdana Menteri Singapura,Lawrence Wong turut memaklumkan,republik itu terbuka kepada idea baharu,termasuk cadangan untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Ia akan dibincangkan pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11,dijadualkan berlangsung akhir tahun ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.