Niaga hadapan emas ditutup lebih tinggi

2024-06-14 berita.rtm.gov.my

HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,12 Jun- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini kerana pasaran sedang memantau data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan lewat hari ini untuk mendapatkan petunjuk lanjut mengenai dasar monetari AS.

Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Jun 2024 meningkat kepada US$2,321.1 setiap auns troy daripada US$2,310.7 setiap auns troy semalam,manakala Julai 2024 bertambah kepada US$2,327.9 setiap auns troy daripada US$2,317.5 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,343.1 setiap auns troy daripada US$2,332.0 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 18 lot daripada lapan lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 33 kontrak daripada 22 kontrak sebelum ini.

Menurut London Bullion Market Association pada 11 Jun,harga emas fizikal berada pada US$2,316.50 setiap auns troy.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.