KRT Taman Perumahan Behor Lateh, edar 500 pek rendang ayam raikan Aidiladha

2024-06-17 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Penduduk KRT Taman Perumahan Behor Lateh menyediakan rendang ayam

KANGAR,16 Jun- Lebih 100 penduduk Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Taman Perumahan Behor Lateh melakukan gotong-royong dengan menyediakan tiga kawah besar Rendang Ayam untuk hidangan sempena sambutan Aidiladha.

Pelaksanaan program itu,sebagai menghayati semangat pengorbanan,berkongsi rezeki serta bersyukur atas rezeki daripada Allah SWT untuk dinikmati bersama.

Pengerusi KRT Taman Perumahan Behor Lateh,Areff Affandy Ariffin berkata,program berkenaan disertai pelbagai lapisan masyarakat yang menetap di taman itu.

"Ia turut dijadikan medium merapatkan untuk merapatkan ukhwah dan menyemarakkan semangat tolong-menolong antara satu sama lain.

"Dalam kita meraikan Aidiladha ini,selain melaksanakan ibadah korban,amalan berkongsi rezeki ini juga bagi menceriakan mereka yang kurang berkemampuan ketika mana umat Islam menyambut Aidiladha," katanya kepada pemberita pada Program Semarak Aidiladha bersama KRT Taman Perumahan Behor Lateh,di sini.

Program itu dijayakan KRT Taman Perumahan Behor Lateh dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan Majlis Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (MPKK) Taman Perumahan Behor Lateh serta Pertubuhan Amal Bakti Perlis.

Kira-kira 500 pek rendang ayam diagihkan kepada penduduk setempat menerusi program tahunan itu yang diadakan setiap kali Aidiladha.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.