Li Qiang lawat Malaysia bermula hari ini

2024-06-18 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Perdana Menteri Cina,Li Qiang/Foto REUTERS

KUALA LUMPUR,18 Jun- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China,Li Qiang,yang mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia bermula hari ini,bagi membincangkan hubungan dua hala antara dua negara.

Menurut kenyataan Wisma Putra,semasa pertemuan itu,kedua-dua pemimpin negara berkenaan juga akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dan persetujuan dalam pelbagai bidang kerjasama.

Ia termasuklah ekonomi digital,pembangunan hijau,pelancongan,perumahan dan pembangunan urbanisasi,pendidikan tinggi,sains dan teknologi serta pengeksportan agrikomoditi ke China.

Pada masa sama,kedua-dua pemimpin itu juga dijadual menghadiri majlis makan malam bagi menyambut ulang tahun ke-50.

Selain itu,Li Qiang juga akan mengadakan kunjungan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin juga akan menghadiri majlis upacara pecah tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Gombak dan makan tengah hari bersama komuniti perniagaan dari kedua-dua negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.