Ringgit meningkat ke paras tertinggi berbanding dolar

2024-07-12 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Ringgit meningkat ke paras tertinggi berbanding dolar dalam tempoh enam bulan lalu dan muncul mata wang utama Asia berprestasi terbaik dalam dagangan awal hari ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,12 Julai - Ringgit meningkat ke paras tertinggi berbanding dolar dalam tempoh enam bulan lalu dan muncul mata wang utama Asia berprestasi terbaik dalam dagangan awal hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Center for Market Education (CME),Dr. Carmelo Ferlito berkata momentum positif itu didorong terutamanya jangkaan penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dan pembaharuan dasar-dasarnegara.

"Pengukuhan ringgit dalam momentum terkini didorong oleh agenda pembaharuan,inisiatif oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan berita positif berdasarkan data inflasi AS. Ini faktor-faktor yang memainkan peranan.

"Justeru,penting untuk terus mempercepatkan lagi agenda mesra perniagaan dan dasar pasaran terbuka untuk terus mempamerkan pengukuhan ekonomi Malaysia kepada negara luar," katanya ketika dihubungi RTM.

Tambah Dr. Carmelo,momentum kukuh ringgit dijangka berterusan,sekiranya faktor-faktor yang menyumbang ini terus menyokong prestasi unit tempatan.

Dalam awal dagangan awal pagi tadi,ringgit meningkat kepada 4.669 berbanding dolar.

Unit tempatan itu kembali stabil berbanding dolar dan didagangkan dalam julat 4.68-4.72 sejak pertengahan Mei lalu,setelah mencecah paras terendahnya tahun ini pada 4.80,20 Februari lalu.

Sementara itu,Maybank Investment Bank Berhad dalam nota penyelidikannya mengunjurkan paras ringgit pada 4.60 berbanding dolar,menjelang akhir tahun ini.

Untuk jangka panjang,pembaharuan dan penstrukturan ekonomi,serta dasar pertumbuhan ekonomi strategik adalah penting kepada prospek ringgit.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.