JPNIN tumpu pemerkasaan KRT, sasar 500 KRT progresif

2024-07-21 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Datuk Che Roslan Che Daud

KUALA TERENGGANU,21 Julai- Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) menumpukan pemerkasaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi mencapai 500KRT progresif tahun ini.

Ketika ini terdapat 121 KRT progresif di seluruh negara.

Ketua Pengarah JPNIN Datuk Che Roslan Che Daud berkata,KRT yang mencapai tahap cemerlang perlu meningkatkan usaha untuk mencapai ke tahap KRT progresif.

Antara bidang wajib yang perlu diberi fokus adalah ekonomi dan sara hidup,keselamatan dan ketahanan diri serta dua lagi bidang elektif.

"Saya yakin KRT di luar sana boleh adakan lawatan di sini berkenaan pengurusan dilakukan dengan sistem fail. Apabila kita ligat dalam sesuatu organisasi kita akan uruskan sistem fail dan juga kepimpinan supaya cemerlang," katanya kepada RTM di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata,hampir 8,500 KRT ditubuhkan di seluruh negara dengan 210,000 ahli jawatankuasa (AJK).

Sementara itu,pihaknya sedang menambah baik skim rondaan suka rela yang dijalankan AJK KRT,antaranya menggunakan peralatan berteknologi moden.

Menerusinya aktiviti rondaan akan dipantau dengan sistem yang akan dibangunkan bersama-sama penyedia perkhidmatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.