Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan

2024-07-21 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ Foto BERNAMA

SANDAKAN,21 Julai- Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN dipinggirkan,malah semua disantuni dengan baik.

Menurut Timbalan Perdana Menteri semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama-sama mengenai pelbagai isu.

Dalam pada itu Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Naib Pengerusi BN,diberikan penghormatan berucap dan merasmikan Himpunan BN Sabah dan Konvensyen BN Sabah hari ini,membuktikan parti komponen itu penting untuk BN.

"Pilihan raya kecil dan pilihan raya umum yang lalu kerusi-kerusi juga telah diperuntukkan,walaupun tidak semua tetapi kita beri peluang kepada Friends of BN untuk bertanding. Soal penyantunan ini telah dilakukan.

"Kita tidak mahu pandangan atau tafsiran daripada rakan atau mereka di luar BN maka kita terjebak dalam komen negatif yang dibuat oleh mereka,kita jaga kita," katanya pada sidang media selepas menutup Himpunan BN Sabah dan Konvensyen BN Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 BN di sini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.