KPK laksana kempen antiminyak sawit peringkat global

2024-07-25 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK),Datuk Seri Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR,25 Julai - Beberapa strategi dilaksanakan dalam usaha mempromosikan minyak sawit mampan termasuk mengadakan kempen antiminyak sawit di peringkat global.

Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Datuk Seri Johari Abdul Ghani,berkata ia bagi menyanggah propaganda antiminyak sawit yang cuba dimainkan pengeluar minyak.


"Kita akan terus berterusan mengadakan kempen antiminyak sawit ini di peringkat global melalui sesi libat urus iaitu kita terus mengadakan penglibatan dua hala bersama-sama penggubal-penggubal dasar di negara-negara pengimport.

"Juga kita buat penglibatan dengan ahli-ahli politik negara tersebut,persatuan-persatuan pengguna,pembeli-pembeli,para peniaga dan pengimport dan juga pemain-pemain industri serta pihak-pihak badan bukan kerajaan (NGO) terlibat yang sentiasa menggunakan isu tentang propaganda minyak kelapa sawit ini," kata Johari menjawab soalan Senator Datuk Lim Pay Hen yang meminta beliau menyatakan strategi menyeluruh untuk mempromosikan minyak sawit lestari di pasaran antarabangsa.

KPK juga akan terus mendidik dan menjalankan program kesedaran awam bagi pemegang taruh berkenaan usaha kerajaan bersama-sama pihak pengawal selia Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam menerapkan amalan perladangan yang baik.

Beliay berkata,ini termasuk amalan buruh yang bertanggungjawab daripada pemain-pemain industri di Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.