Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

2024-07-27 berita.rtm.gov.my

HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,27 Julai- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan berikutan cuaca yang tidak menentu di kawasan pengeluar getah.

Pakar industri,Denis Low berkata ini akan menjejaskan pengeluaran sekali gus mendorong aktiviti pengisian semula stok.

Pengisian stok akan mempengaruhi kenaikan harga getah berikutan bekalan mungkin berkurangan.

Tambahnya,gangguan penghantaran susulan krisis berterusan di Laut Merah dan situasi geopolitik semasa akan turut menjejaskan rantaian bekalan.

Low berkata keadaan itu mungkin menyebabkan harga komoditi tidak menentu kerana pertempuran berterusan di Laut Merah akan mengganggu laluan perkapalan.

Permintaan hanya boleh meningkat apabila perniagaan dan industri getah stabil.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.