Petunjuk ekonomi utama negara mengukuh - DOSM

2024-07-31 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,31 Julai- Petunjuk ekonomi utama negara mengukuh seiring perkembangan pasaran buruh.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi kenyataan berkata anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024,meningkat daripada 4.2 peratus pada suku sebelumnya.

Peningkatan itu didorong oleh sektor perkhidmatan,pembuatan,dan pertanian.

"Ekonomi juga berkembang sebanyak 5.0 peratus pada separuh pertama 2024,berbanding 4.1 peratus pada tempoh sama 2023.

"Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada Mei 2024 mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun.

"Ia didorong terutamanya oleh sektor pembuatan yang berkembang sebanyak 4.6 peratus dan peningkatan 4.2 peratus dalam pengeluaran elektrik," menerusi kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu,sektor perdagangan borong dan runcit Malaysia pula mencatatkan nilai jualan RM147.9 bilion pada Mei 2024,menunjukkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 7.1 peratus.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.