ADUN Mahkota meninggal dunia

2024-08-02 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Foto facebook Menteri Besar Johor

KLUANG,2 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota,Kluang,Datuk Sharifah Azizah Syed Zain,63 tahun meninggal dunia di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom,12.30 tengah hari tadi.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi facebooknya,sebentar tadi.

"Saya berasa amat sedih apabila menerima perkhabaran duka tentang pemergian‎ Ahli Dewan Negeri (ADUN) Mahkota,YB Datuk Sharifah Azizah binti Syed Zain.

Beliau berkata pemergian Datuk Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Ummi itu amat dirasai kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang senang didekati dan disayangi.

"Jasa dan bakti beliau untuk Negeri Johor,khususnya DUN Mahkota tidak akan dilupakan",katanya.

"Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dan semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah",katanya.

Terdahulu,Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempat melawat ADUN Mahkota,Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada pukul 10.36 pagi di wad ICU Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom,Kluang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.