Melaka umum 26 Ogos Hari Kelepasan Am (Tambahan)

2024-08-05 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Foto Hiasan/Foto RTM

MELAKA,5 Ogos-Kerajaan Melaka mengumumkan 26 Ogos depan sebagai Hari Kelepasan Am (Tambahan) sempena Sambutan Hari Jadi ke-75,Yang di-Pertua Negeri Melaka,Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Azhar Arshad dalam kenyataan menjelaskan,pengisytiharan cuti ini selaras dengan Seksyen 9(1),Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Sebelum ini,Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan 24 Ogos sebagai cuti peristiwa sempena ulang tahun kelahiran Tun Dr Mohd Ali.

Mohd Ali mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua pada 4 Jun lalu.

Istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka,Datuk Anselm Charles Fernandis dan Pegawai Kewangan negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan negeri,Datuk Salhah Salleh.

Pada 28 Mei lalu,Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Mohd Ali sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua,bermula 4 Jun 2024.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.