Parlimen Belia kini bawah pentadbiran Parlimen Malaysia - Johari

2024-08-07 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Foto BERNAMA

GEORGE TOWN,6 Ogos- Parlimen Belia yang sebelum ini ditadbir Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini telah diserahkan kepada Parlimen Malaysia bagi memastikan ia dapat berfungsi secara menyeluruh.


Yang di-Pertua Dewan Rakyat,Tan Sri Johari Abdul berkata jumlah mereka akan ditingkatkan daripada 100 ahli kepada 222 ahli,pada penggal akan datang.


Setiap kawasan konstitusi tersebut dicadang diwakili oleh satu ahli parlimen belia.


Reformasi itu dilaksana bagi menyuburkan semangat demokrasi selain melahirkan pemimpin pelapis yang berkualiti.


Menurutnya,ahli yang dipilih juga perlu menyertai tiga kali persidangan atau mesyuarat dalam setahun seperti ahli parlimen sebenar.


"Dulu Parlimen Belia bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Namun,kerajaan memutuskan untuk serahkan Parlimen Belia kepadaParlimen Malaysia. Sekarang,kita sedang melihat perjalanan Parlimen Belia ini supaya ia menjadi lebih berkesan," kata Tan Sri Johari kepada pemberita.

Beliau ditemui pada Program Lawatan Kerja Sempena Pra-Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2024,di sini.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.