HKHM medium perkukuh identiti kebangsaan, rai kepelbagaian budaya, agama dan etnik

2024-08-10 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,10 Ogos- Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 dilihat sebagai medium untuk memperkukuh identiti kebangsaan selain meraikan kepelbagaian budaya,agama dan etnik.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata,ia merupakan ekspresi masyarakat MADANI mensyukuri nikmat kemerdekaan dan memperingati perjuangan hingga terbentuknya negara Malaysia.

"Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 pada 21 Julai yang lalu merupakan tanda bermulanya kira detik menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos yang akan diadakan di Dataran Putrajaya. Momentum kemeriahan ini akan diteruskan hingga sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di Sabah.

"Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang(KMJG)merupakan salah satu aktiviti utama sempena sambutan HKHM. Konvoi ini membawa mesej kenegaraan dengan simbolik penyerahan Jalur Gemilang di setiap sempadan negeri," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu negara.

Fahmi turut merasmikan pelepasan 70 peserta konvoi Kembara Merdeka yang akan menamatkan perjalanan di Putrajaya esok.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.