Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

2024-08-14 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,14 Ogos- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan pada RM25.45 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.94 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender repo terbalik iaitu tender RM1.5 bilion selama 34 hari dan tender RM1 bilion untuk tempoh 92 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo terbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang,bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM20.9 bilion. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.