Niaga hadapan emas dijangka kekal kukuh minggu depan

2024-08-18 berita.rtm.gov.my

HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,17 Ogos- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal diniagakan tinggi minggu depan berikutan keyakinan tinggi bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah pada bulan September depan,kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Selain itu,emas diunjurkan mencatat keuntungan kerana ia berfungsi sebagai lindung nilai kukuh terhadap peningkatan risiko geopolitik terutamanya susulan ketegangan yang semakin meningkat di sempadan negara-negara Eropah disebabkan tentera Ukraine telah memasuki wilayah Kursk,Rusia.

“Naratif itu menunjukkan bahawa emas akan mendapat permintaan bukan sahaja sebagai perlindungan terhadap risiko politik dan geopolitik global AS tetapi juga sebagai lindung nilai terhadap potensi kelembapan ekonomi AS yang akhirnya boleh memaksa Fed untuk menurunkan kadar faedah dengan lebih agresif,” katanya kepada Bernama.

Justeru beliau menjangkakan harga emas berada pada julat antara AS$2,450 dan AS$2,490 setiap auns troy.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat,kontrak Ogos 2024 naik kepada AS$2,484.30 setiap auns daripada AS$2,427.40 setiap auns troy pada minggu sebelumnya.

Sementara itu,kontrak September 2024,Oktober 2024,November 2024,Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya ditutup kukuh pada AS$2,488.00 setiap auns troy daripada AS$2,431.10 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas naik kepada 244 lot daripada 162 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 135 kontrak daripada 56 kontrak pada minggu terdahulu.

Harga emas fizikal adalah AS$2,446.65 setiap auns troy,menurut penetapan tengah hari oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 15 Ogos.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.