MoU pengambilan pekerja asing dari India akan diperbaharui

2024-08-22 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Menteri Sumber Manusia,Steven Sim

NEW DELHI,22 Ogos- Kementerian Sumber Manusia memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) pengambilan pekerja asing dari India yang sudah lupus 10 tahun lalu,sekali gus mengemas kini prosedur pengambilan dan mencegah eksploitasi.

Jelas menterinya,Steven Sim,MoU asal sudah luput pada 2014 tetapi dalam tempoh 10 tahun,hampir 160,000 pekerja asing dari India telah memasuki negara ini tanpa sebarang dasar prosedur pengambilan yang jelas.

"MoU ini akan menjadi garis panduan sekiranya pengambilan pekerja kalau dalam 10 tahun,lebih kurang 133,000 pekerja India ke Malaysia tetapi tiada MoU,tiada garis panduan antara dua negara. Jadi dengan adanya garis panduan ini,pengambilan pekerja dari India akan lebih telus,adil dan teratur," katanya kepada pemberita selepas tamat lawatan tiga hari Perdana Menteri ke India.

Beliau menegaskan,MoU baharu tersebut bukan bertujuan untuk bawa masuk lebih banyak pekerja asing kerana had maksimum sudah ditetapkan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.