NEST nadi utama perkasa bakat, kerjaya belia Negeri Sembilan

2024-08-23 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun/ Foto Facebook Aminuddin Harun

SEREMBAN,23 Ogos - Negeri Sembilan Career Development and Talent Empowerment Centre (NEST) atau Pusat Pembangunan Bakat dan Kerjaya Negeri Sembilan akan menjadi nadi utama dalam usaha memperkasa bakat serta kerjaya golongan belia di negeri itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun berkata,NEST akan menjadi pusat rujukan utama bagi para pekerja,graduan,dan pelajar yang ingin meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran mereka.

"Buat masa ini NEST telahpun bergerak secara kecil-kecilan dan berdikit-dikit bawah Segmen Pembangunan Insan,Yayasan Negeri Sembilan. Beberapa program telah pun digerakkan sebagai contoh seperti protege iaitu penempatan perantis muda di Yayasan Negeri Sembilan dan Akademi dalam Industri.

"Iaitu kerjasama bersama-sama Malaysia Productivity Corporation (MPC) mencari anak-anak muda Negeri Sembilan khususnya yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk belajar dan bekerja,pada masa sama yang akhirnya mendapat sijil akademik dan pekerjaan yang stabil," kata Aminuddin.

Beliau berucap pada Majlis Penutupan Seminar Pembangunan Kerjaya Negeri Sembilan (SPARK) 2024,di Dewan Majlis Bandaraya Seremban,di sini.

Dalam majlis tersebut,seramai 21 orang pelajar cemerlang Negeri Sembilan SPM 2023 menerima saguhati daripada pihak kerajaan negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan RM1,000.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.