Tanah jerlus: 'Manhole' penuh gas beracun - Bomba

2024-08-24 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Seorang anggota bomba memakai topeng keselamatan sedang membersihkan diri dirakam pemberita RTM di lokasi kejadian hari ini

KUALA LUMPUR,24 Ogos- Hanya seorang penyelamat sahaja dibenarkan masuk ke lurang kumbahan atau 'manhole' kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini pada satu-satu masa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kuala Lumpur,Fatta M Amin berkata faktorgas beracun dalam lurang kumbahan boleh membahayakan pasukan penyelamat.

"Ia adalah laluan kumbahan domestik (dan) penggunaan air domestik kurang untuk pagi ini. Sekarang ini air pada paras tiga kaki sahaja (namun) laluan (air) masih lagi laju tetapi paras air rendah.

"Di bawah 'mainhole' itu besar tetapi bagi mengelak kecelakaan (lain),kita hantar seorang pegawai (penyelamat) sahaja untuk masuk. Di bawah itu penuh dengan gas beracun," katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata penyelamat akan dilengkapi set pakaian pelindung diri (PPE) ketika berada di 'manhole' bagi mengelak risiko terhidu gas beracun yang mungkin keluar daripada lurang kumbahan.

Semalam,media melaporkan mangsa tanah jerlus merupakan seorang pelancong wanita dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy,48,dikhuatiri tertimbus selepas terjatuh dalam lubang benam sedalam lapan meter pada kejadian 8.22 pagi.

BERITA BERKAITAN

Tanah Jerlus: Operasi SAR ditangguh,hanya selipar mangsa ditemukan

Mangsa tanah jerlus dipercayai dibawa arus saluran kumbahan

Tanah jerlus: Mendapan pernah berlaku di lokasi sama

Tanah jerlus Masjid India,peniaga risau keselamatan

Mangsa tanah jerlus masih belum ditemukan - Polis

JBPM,DBKL guna kren cari mangsa tanah jerlus

Wanita warga India terperangkap dalam tanah jerlus di hadapan Masjid India

Tanah mendap : Peniaga sedia kosongkan premis perniagaan

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.