Pasukan SAR gunakan teknik 'flushing' mencari mangsa - DBKL

2024-08-26 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.15 pagi untuk menjalankan pemeriksaan semula di loji IWK Pantai Dalam

KUALA LUMPUR,26 Ogos- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh berikutan tanah jerlus di Jalan Masjid India di ibu negara memasuki hari keempat dengan teknik 'flushing'.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata,teknik itu dilakukan secara berperingkat sejak petang semalam.

"Bagaimanapun,selepas dua pusingan siram,mangsa masih belum ditemui. Malam tadi Indah Water Konsortium (IWK) mula melakukan siram di lurang kelima,yang berterusan sehingga pukul 2.00 pagi (26 Ogos).

"Pencarian pasukan SAR akan disambung semula pagi ini," katanya.

Bagaimanapun kebanyakan premis perniagaan di lokasi kejadian masih ditutup namun hanya beberapa peniaga yang mula beroperasi setakat pukul 9.00 pagi tadi.

Sementara itu,pengamal media berada di loji kumbahan IWK Pantai Dalam sejak awal pagi tadi mendapati kehadiran pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.15 pagi untuk menjalankan pemeriksaan semula di loji berkenaan.

Pasukan JBPM akan mengepam keluar air saluran kumbahan di sini dalam usaha mencari mangsa tanah jerlus di Masjid India.

Jumaat lalu,Vijayaletchumi dipercayai dihanyutkan arus deras paip kumbahan bawah tanah.

Jarak dari lurang kumbahan Masjid India ke loji IWK Pantai Dalam kira-kira tujuh kilometer dan mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai ke loji berkenaan.

Antara usaha lain yang dilakukan menerusi operasi carilamat setakat hari ini ialah pemecahan debris menggunakan 'jetter' di laluan Manhole 1(Wisma Yakin),pemeriksaan loji IWK Pantai Dalam dan pemeriksaan semula menggunakan 'push rod & crawler camera'.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.