43 program berimpak tinggi lonjak pendidikan di Perlis

2024-08-27 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCOEE)

KANGAR,27 Ogos- Sebanyak 43 program berimpak tinggi telah dilaksanakan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCOEE),khususnya melibatkan asnaf dan pelajar sekolah serta pelajar institusi pendidikan tinggi.

Menurut Pengerusi FCOEE,Prof. Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin,antara program berimpak tinggi yang dilaksanakan termasuklah memperkasakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan robotik serta menjalinkan kerjasama strategik dengan lima pusat pengajian tinggi bagi pembangunan pendidikan di Perlis.

Selain itu,turut dilaksanakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz Bersama ILP Kangar,Program AI Summer Camp,Simposium Pendidikan Eksklusif Era Digitalisasi,Program Transformasi Intelek Pelajar Perlis (TRIPs) dan menubuhkan Kelab AI dan Robotic Educational Club (AiREd) di 8 buah sekolah menengah sebagai perintis.

Beliau memaklumkannya pada sesi lawatan Pemangku Raja Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke FCoEE bersempena Program Kayuhan Mega Peduli Merdeka MAIPs Bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Dalam usaha meningkatkan modul dan penyelesaian permasalahan serta peningkatan ekonomi asnaf,FCoEE turut menyediakan 53 geran penyelidikan bernilai lebih RM500,000 yang boleh dimanfaatkan oleh penyelidik di universiti awam atau mana-mana institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.