I-Asset Trust sasar nilai pelaburan hingga RM100 juta

2024-08-27 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Pengasas dan Pengarah MPV Capitals Ltd,David Hew Chee Seng

KUALA LUMPUR,26 Ogos - Program I-Asset Trust menyasarkan mencapai hingga RM100 juta nilai pelaburan menjelang hujung tahun ini.

Menurut Pengasas dan Pengarah MPV Capitals Ltd,David Hew Chee Seng,sasaran itu didorong keyakinan tinggi pelabur terhadap kerjasama empat entiti.

Empat entiti tersebut termasuk MPV Capitals Ltd,Eramas Trustee Berhad,IDC Capital Sdn Bhd dan Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA).

"Satu program yang bagus,berlesen dan lagi penting ialah dengan pasukan-pasukan saya,pasukan jualan saya. Ia akan melakukan lebih kesedaran. Bagaimana boleh miliki rumah dengan lebih mudah,cepat dan selamat," kata David Hew.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPV Capitals,DC Capital Sdn Bhd dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Untuk Program Amanah I-Asset,di Ibu Negara.

Pihaknya akan menumpukan kepada pengekalan modal dalam jangka panjang dan mensasarkan pulangan munasabah kepada pelabur.

Tambahnya MoU itu melambangkan permulaan baharu dalam landskap kewangan Malaysia iaitu kerjasama antara institusi utama akan memacu inovasi dan kepercayaan dalam pasaran.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.