Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

2024-09-03 berita.rtm.gov.my

HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,2 September- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM28.71 bilion daripada RM32.25 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurang kepada RM21.13 billion daripada RM21.89 bilion.

Terdahulu,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

Bank pusat itu juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo terbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Selain itu,BNM menyemak semula tender semalaman murabahah daripada RM20.50 bilion kepada RM21.10 bilion.

Pada 4.00 petang,bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM28.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM21.10 bilion,kedua-duanya bagi tempoh matang sehari.

Setakat 29 Ogos,Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.