Gempa bumi 6.2 magnitud landa Papua New Guinea

2024-09-05 berita.rtm.gov.my

HaiPress

FOTO METMALAYSIA

KUALA LUMPUR,5 September- Satu gempa bumi kuat dengan ukuran 6.2 magnitud berlaku berhampiran pantai utara Papua New Guinea pukul 9.03 pagi tadi.

Jabatan Meterologi (MetMalaysia) memaklumkan gempa tersebut berlaku pada jarak 80 kilometer (km) timur dari dari Wiwak,Papua New Guinea.

Menurutnya kejadian berpusat pada kedalaman 44km pada koordinat 3.5 Selatan dan 144.3 Timur.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.