Taufan Yagi: Rakyat Malaysia di utara Vietnam dinasihat bersiap sedia

2024-09-07 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Gambar satelit Taufan Yagi / Foto: Pusat Jaringan Hidro-Meteorologi Nasional

KUALA LUMPUR,7 September- Kedutaan Malaysia di Hanoi menasihatkan agar rakyat Malaysia bersedia menghadapi Taufan Yagi yang dijangka melanda utara Vietnam termasuk Hanoi pada Sabtu (7 September).

Dalam satu hantarandi laman Facebook rasminya,kedutaan memberi amaran potensi hujan lebat dan angin kencang dengan risiko banjir,banjir kilat dan tanah runtuh.

Menurut kenyataan itu,bermula petang Jumaat (6 Sept) hingga pagi Isnin (9 Sept),wilayah utara dan utara-tengah dijangka mengalami hujan lebat antara 100 hingga 300 milimeter (mm),dengan beberapa kawasan dijangka menerima lebih daripada 500 mm (hujan).

"Oleh itu,pihak berkuasa memberi amaran agar kita bersedia menghadapi banjir di kawasan rendah,kemungkinan banjir kilat di sungai dan anak sungai,serta tanah runtuh di beberapa kawasan.

"Rakyat Malaysia yang tinggal,bekerja atau melawat kawasan terjejas dinasihatkan untuk memantau berita tempatan dalam beberapa hari akan datang.

"Rakyat Malaysia diminta mendaftar di e-konsular melalui https://ekonsular.kln.gov.my/login dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan. Sentiasa ikuti nasihat dan patuhi arahan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan,” menurut pengumuman itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pegawai Bertugas kedutaan di talian +849-0418 5610 atau melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Taufan Yagi dijangka melanda pantai utara Vietnam pada Sabtu,membawa hujan lebat hingga 400 mm.

Sepuluh kawasan yang dijangka terjejas secara langsung termasuk Hanoi,Hai Phong,Thai Binh,dan Ha Nam,manakala sesi persekolahan pada Sabtu untuk 5.6 juta pelajar ditangguhkan buat sementara waktu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.