Taman Tasik Seksyen 7 dibuka semula hari ini

2024-09-11 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Taman Tasik Seksyen 7 dibuka semula kepada orang awam/Foto MBSA

SHAH ALAM,11 September - Taman Tasik Seksyen 7 di sini,yang sebelum ini ditutup sementara susulan penemuan seekor buaya,telah dibuka semula kepada orang awam hari ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa aktiviti riadah,berjoging,dan berkelah kini boleh dilakukan seperti biasa,sebagaimana sebelum ini.

MBSA turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas keprihatinan dan kerjasama mereka sepanjang tempoh pusat rekreasi itu ditutup.

Sebelum ini,taman tasik itu ditutup sementara dari pukul 8 malam hingga 7 pagi bermula 4 Sept lalu,bagi membolehkan operasi menangkap buaya yang dikesan mendiami kawasan tersebut dilaksanakan.

Buaya tembaga dengan saiz kira-kira 1.68 meter itu kemudiannya berjaya ditangkap setelah memasuki perangkap yang dipasang sekitar pukul 10.30 malam hari yang sama (4 Sept).

Semalam,Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan bahawa Taman Tasik Seksyen 7 selamat dan tiada buaya lain dikesan di kawasan rekreasi itu.

Dua perangkap buaya yang dipasang selepas kehadiran reptilia tersebut dikesan pada 4 Sept lalu juga telah dikeluarkan pada Sabtu lepas. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.