'WIPO Alert' kesan laman sesawang langgar hak cipta

2024-09-13 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Foto FB Armizan Mohd Ali

GENEVA,13 September- Malaysia menyertai pangkalan data 'WIPO Alert' bagi membantu agensi penguatkuasaan memuat naik dan mengakses senarai laman sesawang yang dikenal pasti melanggar hak cipta.

Menurut Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,Datuk Armizan Mohd Ali,penyertaan itu menjadi langkah penting ke arah memperkasakan penguatkuasaan harta intelek negara dalam era digital.

"Inisiatif ini juga memudahkan proses dan tindakan sedia ada dalam memerangi cetak rompak digital serta kandungan pengiklanan tanpa kebenaran.

"Sebanyak 4,084 sekatan laman sesawang telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguat KuasaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunadengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)," katanya menerusi kenyataan.

Menerusi penyertaan itu,Malaysia kini berada di barisan hadapan bersama-sama 14 negara lain yang telah menyertai platform berkenaan.

Terdahulu,Armizan menyaksikan Majlis Menandatangani Surat Persefahaman (LoU) di antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) bertempat di ibu pejabat WIPO di Geneva,Switzerland.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.