Pelajar huffaz perlu dipersiap, berdepan golongan Islamofobia

2024-09-15 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,14 September- Golongan pelajar huffaz perlu dipersiapkan dengan ajaran agama Islam yang sebenar.

Ia perlu bagi berdepan dengan golongan Islamofobia dan pihak yang menanamkan kebencian dalam Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,ini kerana agama Islam di negara ini berada dalam persimpangan disebabkan kelompok itu yang mencemarkan kesucian agama Islam.

Justeru,beliau menyarankan agar golongan pelajar huffaz terus memberi tumpuan dalam amalan Islam untuk masa depan cemerlang.

"Islam itu agama Rahmah (kasih sayang). Apa lagi dalam negara Malaysia ini ada umat Islam ada bukan Islam. Apakah contoh terbaik yang boleh kita kemukakan... dasarnya,program-programnya,tetapi contoh terbaik ialah Qhudwah Hasanah (contoh teladan),sebab itu menyeru kepada kebaikan itu satu tuntutan.

"Negara ini dalam simpang-siur,di satu pihak sebaik sahaja sebut Islam dia terus melenting. Bila saya sebut JAKIM harus nasihat kerajaan dalam semua bidang... apa salahnya? Ada yang melenting. Maknanya,ada usaha untuk menghasut,menyeludup program-program Islam. Di mana salahnya? Bukan kita suruh buat zalim. Kita suruh tegakkan keadilan",kata Datuk Seri Anwar semasa berucap pada Majlis Himpunan 24K Huffaz di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu,masa depan pelajar tahfiz sentiasa diberi keutamaan.

Justeru,Datuk Seri Anwar berkata,lebih banyak peluang diberikan kepada mereka menceburi bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi kerjasama semua kementerian.

"Mengapa kita perlu TVET? Kerana pelabur datang... kerana Malaysia dijadikan medan terpenting di Asia Tenggara untuk semikonduktor,teknologi tinggi dan selepas ini pula kecerdasan buatan (AI). Ini semua memberi peluang dan kita tidak mahu anak-anak huffaz ketinggalan. Maka,sebab itu beliau menekankan terus menerus supaya ada kerjasama semua kementerian",katanya.

Turut hadir pada majlis himpunan itu adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis Himpunan 24K Huffaz yang bertemakan ‘Huffaz Tonggak Modal Insan Negara' menghimpunkan seramai lebih 24,000 huffaz dari seluruh negara. Antaranya,terdiri daripada pelajar tahfiz,guru tahfiz dan alim ulama dari lebih 1,000 madrasah tahfiz al-Quran yang bernaung di bawah Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.