Angin kuat sejak tengah hari akibatkan beberapa kejadian pokok tumbang di Kedah

2024-09-18 berita.rtm.gov.my

HaiPress

FOTO APM BALING

ALOR SETAR,18 September- Angin kuat yang berlaku sejak tengah hari tadi hingga petang ini menyebabkan banyak kejadian pokok tumbang berlaku di beberapa daerah di Kedah.


Antara daerah terlibat termasuk Kota Setar,Kubang Pasu,Baling,Sik,Padang Terap,Pokok Sena,Kulim,Pendang,Yan,dan Kuala Muda.


Di Baling,Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling,Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz memaklumkan,pihaknya menerima 18 laporan berkaitan kejadian pokok tumbang dalam tempoh satu jam bermula pukul 2 petang tadi.


Beliau berkata,anggota APM dengan kekuatan yang ada telah bergerak ke lokasi bagi membantu membersihkan kawasan yang terjejas.

“Anggota APM dengan kekuatan yang ada telah bergerak ke lokasi bagi membantu membersihkan kawasan yang terjeja” katanya ketika dihubungi RTM.


Selain menghalang lalulintas,pokok tumbang turut menghempap khemah dan bumbung premis perniagaan serta kediaman penduduk.


Bagaimanapun,setakat pukul 3 petang tadi,kejadian hanya melibatkan kerosakan harta benda dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.