TPM rasmi Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024

2024-09-19 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Ahmad Zahid Hamidi tiba di sebuah hotel di Shah Alam bagi majlis perasmian Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024/Foto RTM

SHAH ALAM,19 September - Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir merasmikan Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024,di sini yang berlangsung dua hari bermula hari ini.

Ketibaan beliau diiringi Menteri Perpaduan Negara,Datuk Aaron Ago Dagang.

Bertemakan “Menelusuri Sejarah : Membina Perpaduan Negara Bangsa,” konvensyen kali ini mempericikan empat tema utama iaitu Persekutuan,Ekonomi,Masyarakat dan Pembinaan Negara,sejajar dengan usaha melestarikan kepentingan elemen sejarah sebagai tunjang pembentukan masyarakat Malaysia MADANI.

Turut diadakan ialah sesi pembentangan kertas,sesi forum oleh tokoh yang berpengalaman serta pameran eksklusif bertemakan Perjuangan Perdana Ke Arah Kemerdekaan melibatkan para akademik.

ARTIKEL BERKAITAN:

Konvensyen Al-Liqa'-Qanuniy,bincang penguatkuasaan undang-undang syariah - Na'im

Tuanku Zara rasmi pameran seni diplomatik Malaysia-Romania

Anwar lawat pameran budaya EEF 2024 di Vladivostok

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.