Produk GISBH di media sosial: MCMC tidak terima aduan

2024-09-20 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,19 September – Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat ini tidak menerima sebarang aduan berhubung produk perniagaan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang dipasarkan di platform media sosial.

Menurut Fahmi,isu berkaitan pengawasan perniagaan dan produk tersebut berada di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Dalam isu seperti ini,kementerian yang berwajib ialah KPDN. Sekiranya KPDN melihat ada keperluan menurunkan sebarang kandungan atau isu berkaitan hak cipta dan kepenggunaan,mereka melalui Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh meminta agar kandungan diturunkan,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika ditanya mengenai keperluan untuk menurunkan promosi atau produk perniagaan GISBH di platform media sosial susulan siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada 11 September lalu,PDRM telah melancarkan Op Global,menyelamatkan 402 kanak-kanak dari 20 rumah perlindungan yang dikaitkan dengan syarikat terbabit di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.