2024-09-20 berita.rtm.gov.my
HaiPressTimbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) melakukan gimik pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan Negara hari ini / Foto Bernama
PUTRAJAYA,20 September – Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan Negara (AIGE) dilancarkan hari ini,bertujuan mewujudkan ekosistem penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang selamat dan beretika.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata garis panduan tersebut menyediakan kerangka kerja untuk pengguna,penggubal polisi,serta penyedia teknologi AI.
"Garis panduan ini bukan sahaja bertujuan menyediakan kerangka kerja bagi pengguna,dan penyedia teknologi AI,tetapi juga memastikan setiap langkah diambil selaras dengan prinsip-prinsip etika yang tinggi. Ini termasuk aspek keselamatan,privasi,kebebasan,dan hak asasi manusia yang kesemuanya perlu diutamakan dalam pembangunan teknologi," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan Negara (AIGE) di sini.
Tambah Fadillah,pembangunan garis panduan tersebut juga selari dengan Rukun Negara,yang menekankan aspek perpaduan melalui lima prinsip terasnya,serta memberi penekanan kepada kepentingan melindungi privasi dan data peribadi pengguna.
Beliau turut menegaskan bahawa perancangan rapi perlu dilakukan bagi memastikan tenaga kerja dilengkapi dengan kemahiran yang relevan dalam menghadapi cabaran semasa.