Tengku Mahkota Kelantan berkenan sempurnakan Majlis Perasmian 100 Tahun Jambatan Kereta Api Guillemard

2024-09-22 berita.rtm.gov.my

HaiPress

Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan menghadiri Majlis Perasmian 100 Tahun Jambatan Kereta Api Guiillemard / FOTO BERNAMA

TANAH MERAH,22 September- Tengku Mahkota Kelantan,Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan menyerpurnakan Majlis Perasmian 100 Tahun Jambatan Kereta Api Guillemard Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55,di Tanah Merah,malam tadi.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 9.55 malam diiringi Raja Perempuan Kelantan,Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Baginda disambut Menteri Besar,Datuk Mohd Nasuruddin Daud dan Speaker DUN Kelantan,Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Gimik perasmian majlis dimulakan dengan pencahayaan tugu rangka Jambatan Guillemard manakala kereta api dari Tumpat ke Kuala Lumpur yang melalui Kawasan tersebut diiringi percikan bunga api lebih 15 minit.

Jambatan Guillemard mula dibina pada April 1920 dan pembinaan diselesaikan dalam bulan Julai 1924.

Ia dirasmi dan dibuka pada 19 Julai 1924 sementara operasi pertama perkhidmatan kereta api awam menerusinya bermula pada 21 Julai 1924.

Jambatan yang terletak di Sungai Kusial,Tanah Merah itu bukan sahaja menjadi mercu tanda bagi daerah itu,malah ia juga menjadi tumpuan pelancong datang ke Kelantan.

Jambatan sepanjang 609.6 meter itu adalah jambatan kereta api terpanjang di Malaysia yang sehingga kini masih digunakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.