Sultan Kedah berkenan cemar duli santuni penduduk terjejas banjir

2024-09-25 HaiPress

FOTO RTM

ALOR SETAR,24 September- Simpati dengan nasib yang menimpa penduduk yang terjejas banjir,Sultan Kedah,Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mencemar duli menyantuni mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara PPS di Stadium Sultan Abd Halim,Alor Setar


Sebaik tiba,baginda kemudiannya diberikan taklimat ringkas mengenai kejadian banjir yang melanda negeri itu .


Tuanku Sallehuddin seterusnya berkenan menyantuni penduduk yang terjejas banjir dan menyampaikan kurniaan sumbangan kepada mereka.


Baginda turut menitipkan kata kata semangat atas musibah yang berlaku sambil berharap mereka bersabar dengan ujian itu.


Baginda berkesempatan beramah mesra bersama warga emas dan pesakit yang terlantar sebelum berangkat pulang.


PPS Stadium Sultan Abd Halim menempatkan seramai 170 keluarga melibatkan 588 penduduk yang terjejas.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.