Niaga hadapan emas ditutup tinggi

2024-10-15 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,14 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat lewat malam ini.

Kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Oktober 2024 meningkat kepada AS$2,668.10 satu auns troy daripada AS$2,645.90 satu auns troy yang disaksikan pada Jumaat lepas,manakala November 2024 melonjak kepada AS$2,689.90 satu auns troy berbanding AS$2,667.70 satu auns troy sebelum ini.

Sementara itu,kontrak Disember 2024,Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya lebih kukuh pada AS$2,691.30 satu auns troy daripada AS$2.669.10 satu auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada lima lot daripada 24 lot,manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 14 kontrak daripada 53 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan petang London Bullion Market Association pada 11 Oktober,harga emas fizikal berada pada AS$2,648.80 satu auns troy. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.