Penduduk terjejas banjir di Kedah berkurang kepada 961

2024-10-17 HaiPress

Keadaan banjir di Kedah

ALOR SETAR,17 Oktober- Bilangan penduduk terjejas banjir di Kedah berkurang kepada 961 individu yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat pukul 11.00 pagi tadi,daripada jumlah itu ia terdiri daripada 286 keluarga yang berada di lapan PPS iaitu di Pendang,Kota Setar dan Baling.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah dalam satu kenyatanmemaklumkan,di Pendang,seramai 315 penduduk terjejasdaripada 84 keluarga ditempatkan di duaPPS iaitudi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang dan Dewan Kompleks Rakan Sukan Pendang.


Sementara itu,di Kota Setar sebanyak lima PPS dibuka iaitu di SMK Alor Merah,Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah,SK Taman Aman,SK Sri Gunong dan SMK Simpang Kuala yang menempatkan seramai 591 penduduk daripada 181 keluarga.


Manakala,di Baling,hanya sebuah PPS dibuka iaitudi SK Kuala Ketil yang menempatkan 55 penduduk daripada 21 keluarga.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.