96 peratus daripada 3,847 kanak-kanak hilang berjaya ditemui

2024-10-17 HaiPress

Foto/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,17 Oktober - Sebanyak 96 peratus daripada 3,847 kanak-kanak dilaporkan hilang berjaya ditemukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,jumlah tersebut melibatkan kanak-kanak berusia 13 hingga 18 tahun yang dilaporkan hilang antara tahun 2020 hingga September 2024.

Tambahnya,secara purata sebanyak 770 kes dalam setahun direkodkan membabitkan kanak-kanak hilang.

"Puratanya 770 kes setahun,kurang lebih 2 kes sehari. Yang menariknya adalah daripada 3,847 kes kanak-kanak hilang melibatkan umur 18 ke bawah ini,sebanyak 96 peratus berjaya dijumpai pihak PDRM. Ini bermakna,bagi setiap 100 kanak-kanak yang hilang,96 orang berjaya kita selamatkan. Sementara dimaklumkan,yang meninggal dunia ketika ditemui adalah kira-kira 10 orang. Manakala yang lain diklasifikasikan sebagai masih hilang," katanya.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Parit Muhammad Ismi Mat Taib berhubung kes kehilangan kanak-kanak,di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama Saifuddin turut menyeru orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya berlaku kes kehilangan kanak-kanak.

Sementara itu bagi tempoh Januari hingga Oktober,sebanyak 457 program kesedaran membabitkan 141,000 kanak-kanak dianjurkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menangani peningkatan kes kanak-kanak hilang selain menyediakan perkhidmatansokongan moral dan psikologi turut diberikan kepada keluarga terlibat kes tersebut.

"Tahun ini sahaja kita buat 457 program kesedaran membabitkan 141,000 kanak-kanak. Kalau sudah berlaku insiden hilang,kita segera aktifkan. Paling penting apabila lapor hilang,yang pertama hebahkan seluas mungkin.

"Kita gunakan Nur Alert,kita masukkan dalam portal kanak-kanak hilang setelah kita minta izin ibu bapa atau penjaga kanak-kanak dan kita luaskan pencarian.

"Apabila kita jumpa,barulah profil kanak-kanak ini dan keluarganya. Selepas insiden kita temui,biasanya kita berikan sokongan terutama dari segi moral dan psikologi kepada keluarga yang terlibat," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.