JKM hantar barang keperluan ke 153 pangkalan hadapan

2024-10-17 HaiPress

Pengarah JKM Negeri, Mazura Ngah Abdul Manan/BERNAMA

KUALA TERENGGANU,17 Oktober -Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat penghantaran barangan keperluan harian ke 153 pangkalan hadapan di seluruh Terengganu.

Ia sebagai persiapan awal sekiranya banjir berlaku seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Pengarah JKM Negeri,Mazura Ngah Abdul Manan berkata ketika ini hampir separuh daripada jumlah keseluruhan pangkalan hadapan telah dibekalkan dengan kelengkapan diperlukan.

Dijangkakan kerja-kerja penghantaran akan selesai sebelum akhir bulan ini.

Fokus kini ke pulau-pulau seluruh negeri .

"Di samping itu,kita sedang membuat agihan bekalan bencana ke seluruh daerah. Jadi,simpanan depoh yang utama berada di Pulau Kerengga,Marang.

"Kita mengagihkan ke mini depoh setiap daerah yang boleh menampung seluruh negeri Terengganu. 590 pusat pemindahan boleh menampung 100,000 mangsa bencana," kata Mazura kepada pemberita.

Beliau ditemui pemberita pada Program Penghantaran Barang Keperluan Semasa Bencana ke Pulau Redang di Jeti Jabatan Laut Malaysia di sini

4.4 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar kepada lebih kurang 300 keluarga di Pulau Redang di Kuala Nerus.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.