Kebersamaan komponen BN penting untuk jamin kestabilan politik

2024-10-20 HaiPress

Pengerusi BN,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto RTM

KUALA LUMPUR,20 Oktober – Kebersamaan antara semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) perlu diperkukuh untuk memastikan kestabilan politik terjamin.

Pengerusi BN,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin,dengan strategi yang baik dan mengatasi isu dalaman parti,BN mampu meraih lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Jika kita mengetepikan masalah sesama sendiri dan memperkukuh semangat BN,peluang kita untuk mendapatkan lebih banyak kerusi adalah cerah," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-71 di ibu negara.

Tambah Ahmad Zahid,setiap parti komponen mempunyai cabaran tersendiri,namun ia perlu diselesaikan secara rasional.

Dalam pada itu,Ahmad Zahid turut mengumumkan pelantikan Presiden MCA,Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sebagai Penasihat Pelaburan Masyarakat Cina.

Dalam perhimpunan tersebut,beliau memaklumkan bahawa usaha menarik pelaburan dari syarikat-syarikat China ke Dedicated Halal Industrial Zone yang bernilai RM5 bilion adalah hasil kerjasama antara beliau dan Wee.

"Semasa lawatan rasmi saya ke China,saya membawa Presiden MCA sebagai sebahagian daripada delegasi rasmi yang bersama-sama membantu dalam urusan pelaburan," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.