Peneroka FELDA terima manfaat kenaikan WPL

2024-10-20 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,20 Oktober - Kenaikan nilai ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas buah kelapa sawit akan memberi manfaat tidak langsung kepada golongan peneroka.

Langkah itu berupaya tingkatkan pendapatan FELDA khususnya melalui FGV Holdings Berhad,seterusnya menambah nilai keuntungan syarikat untuk kesejahteraan warganya.

Kenyataan FELDA memaklumkan semakan semula struktur julat harga pasaran dan kadar duti eksport minyak sawit mentah akan bermula pada 1 November 2024.

Ia akan memastikan harga pasaran sawit kekal stabil serta memberi pendapatan lebih mampan kepada pekebun kecil dan peneroka.

Manakala,kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 dijangka dapat menarik lebih ramai pekerja tempatan ke sektor perladangan.

Ini menjadikan pekerjaan buruh ladang lebih menarik dan kompetitif serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Ketika pembentangan Belanjawan 2025,kerajaan bercadang menaikkan nilai ambang levi keuntungan luar biasa ke atas buah kelapa sawit bagi Semenanjung Malaysia kepada RM3,150 manakala RM3,650 bagi Sabah dan Sarawak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.