Bursa Malaysia dibuka rendah

2024-10-22 HaiPress

Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin susulan pelabur memanfaatkan keuntungan berikutan prestasi bercampur-campur di semalaman Wall Street / Foto Fail

KUALA LUMPUR,22 Oktober - Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin susulan pelabur memanfaatkan keuntungan berikutan prestasi bercampur-campur di semalaman Wall Street,kata seorang penganalisis.

Pada 9.15 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.85 mata kepada 1,642.83 daripada 1,645.68 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.78 mata kepada 1,647.46.

Dalam pasaran secara menyeluruh,kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 185 berbanding 146,dengan 303 kaunter tidak berubah,1,847 tidak diniagakan dan 13 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 157.08 juta unit bernilai RM84.77 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur dalam persekitaran kebimbangan mengenai daya tahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan cabaran dihadapi Rizab Persekutuan (Fed) AS dalam mengawal inflasi.

Ia mengakibatkan Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) merosot sebanyak 344 mata manakala hasil 10 tahun AS meningkat kepada 4.19 peratus.

Consequently,the Dow Jones Industrial Average declined by 344 points,while the US 10-year yield rose to 4.19 per cent.

“Di peringkat tempatan,FBM KLCI ditutup tidak berubah semalam,mengurangkan keuntungan awal disebabkan aktiviti pengambilan pada akhir dagangan.

"Bursa Malaysia mungkin mengalami kemerosotan pasca belanjawan kerana pelabur masih meneneliti implikasinya dan masih terdapat beberapa soalan yang belum terjawab," katanya kepada Bernama.

Selain itu,sentimen berhati-hati berlanjutan susulan volum dagangan yang rendah.

Jusreru,Thong menjangkakan indeks akan berada dalam aliran dalam julat 1,640 hingga 1,650 hari ini.

Bagi saham wajaran tinggi,Maybank kekal tidak berubah pada RM10.66 manakala IHH Healthcare menambah dua sen kepada RM7.22.

Bagaimanapun,Public Bank berkurangan satu sen kepada RM4.56,CIMB Group jatuh tiga sen kepada RM8.17 dan Tenaga Nasional merosoy enam sen kepada RM14.58.

Saham kaunter paling aktif pula menyaksikan MY E.G. Services dan Sarawak Cable menokok 1.5 sen,masing-masing kepada 90.5 sen dn 13.5 sen.

KPHT Holdings turun 0.5 sen kepada 20.5 sen manakala Silver Ridge Holdings dan Yew Lee Pacific Group kekal tidak berubah masing-masing pada 43 sen dan 52.5 sen.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas berkurangan 14.35 mata kepada 12,354.12,Indeks FBM Emas Shariah susut 6.61 mata kepada 12,269.03,Indeks FBMT 100 merosot 14.17 mata kepada 12,057.09,Indeks FBM 70 turun 7.21 mata kepada 5,101.73 namun FBM 70 naik 4.30 mata kepada 17,747.24.

Mengikut sektor,Indeks Tenaga berkurangan 2.92 mata kepada 858.16,Indeks Perladangan turun 0.94 mata kepada 7,240.23,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.42 mata kepada 176.68 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 19.81 mata kepada 19,457.39.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.