Agong berkenan rasmi Persidangan MIH Megatrends 2024

2024-10-26 HaiPress

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR,26 Oktober- Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan perasmian Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Seri Paduka Baginda tiba pada pukul 10.00 pagi dan disambut oleh Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad serta Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil.

Sultan Ibrahim turut meluangkan masa sekitar 30 minit untuk mengunjungi tapak pameran dan menyantuni pempamer serta peserta.

Persidangan yang bermula semalam itu menghimpunkan golongan profesional,pemimpin industri,penggubal dasar,dan barisan panel antarabangsa dalam menerajui kemajuan terkini serta penyelesaian masalah dalam sektor penjagaan kesihatan.

MIH Megatrends 2024 yang berlangsung selama tiga hari,menampilkan lebih 100 pempamer,termasuk agensi kerajaan dan sektor swasta,serta penglibatan lebih 3,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.