Lebih 22,000 bungkusan dihantar percuma kepada pesakit menerusi UMP

2024-10-31 HaiPress

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon

JOHOR BAHRU,31 Oktober - Perkhidmatan Ubatan Melalui Pos (UMP) di Johor terus mendapat sambutan menggalakkan,dengan 22,781 bungkusan berjaya dihantar secara percuma kepada pesakit mengikut preskripsi rekod kesihatan mereka,setakat September lalu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata,inisiatif dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri bermula Ogos lalu,melibatkan peruntukan RM900,000.

Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru,merekodkan pesakit tertinggi dalam program itu,iaitu hingga 4,300 pesanan ubat diterima,sebulan.

Untuk itu katanya,Jabatan Farmasi HSA Johor Bahru akan meneruskan usaha mencadangkan pesakit yang layak untuk mendaftar dalam program tersebut seterusnya mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu di hospital.

Antara inisiatif lain dijalankan ialah,perkhidmatan mengambil ubat-ubatan secara pandu lalu dan perkhidmatan loker penyimpanan ubat di pusat beli-belah bagi memudahkan urusan pesakit.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.