Kes buli di universiti perlu dihentikan elak penganiayaan - PM

2024-11-01 HaiPress

Foto Anwar

SUNGAI BESI,1 November- Budaya buli dan dera perlu dihentikan kerana ia hanya menyebabkan penganiayaan kepada mangsa. Justeru,kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan sikap itu dan mahu semua pihak bersama-sama menghentikannya.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas perkara itu susulan dakwaan kes buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang tular baru-baru ini.

Tegas Anwar,kerajaan menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes buli dan dera yang berlaku di universiti itu.

"Itu urusan polis..saya cuma boleh nasihatkan kepada umum. Jangan berlaku di sekolah,sekolah menengah,sekolah maahad tahfiz,dan semua.

"Ini (buli) mesti dihentikan,guru besar,pengetua,pihak taska,dan pengetua kolej juga bertanggungjawab untuk melihat bagaimana menghentikan budaya buli.

"Ini kerana terlalu banyak aduan..yang itu kebetulan terbongkar di media sosial. Tetapi ini harus dihentikan," katanya kepada pemberita selepas Program Temu Anwar di UPNM,di sini.

Anwar ditanya pemberita mengenai perkembangan dan hasil perbincangan dengan Naib Canselor UPNM melibatkan dakwaan berlaku kes buli di institusi pengajian tersebut.

Sebelum ini media melaporkan pelajar itu didakwa menjadi mangsa buli penuntut senior dan cedera dipercayai ditekap seterika.

BERITA BERKAITAN:

'Jangan tolak ansur dalam kes buli' - Anwar

ATM tidak berkompromi terhadap pihak terbabit kes buli di UPNM - PAT

Malaysia perkukuh undang-undang,tingkat kesedaran tangani buli siber

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.