Terminal Kapal Persiar Antarabangsa Melaka dijangka beroperasi pada Jun 2025

2024-11-04 HaiPress

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

MELAKA,4 November- Terminal Kapal Persiar Antarabangsa Melaka dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,pembinaan terminal yang menelan kos RM682 juta itu sudah mencapai hingga 50 peratus.

"Mengikut terma kontrak yang kita telah berikan ia mesti disiapkan pada hujung tahun ini tetapi ada beberapa masalah teknikal.

"Saya melihat selewat-lewatnya Jun tahun depan jeti ke cruise akan mula beroperasi dan setakat hari ini. Saya lihat kedudukan pembinaan dan pembangunan jeti ini berada pada kadar 45 hingga 50 peratus siap," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa 1st Melaka International Maritime Economy Conference (MIMEC2024) di Bandaraya Melaka.

Dalam pada itu,berkata Melaka akan menerima kapal pelayaran mewah berstatus elit,Genting Dreams Cruise dari Singapura bermula 11 November ini di Kompleks Imigresen,Kastam,Kuarantin dan Keselamatan (CIQ),Melaka.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.