4,000 pelancong dijangka singgah ke Melaka setiap Isnin melalui jalan laut

2024-11-11 HaiPress

Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh / Foto RTM

KOTA LAKSAMANA,11 November - Lebih 4,000 pelancong dijangka akan singgah ke Melaka setiap minggu melalui jalan laut.

Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,ia selepas pelayaran sulung dari kapal persiar Genting Dream Cruise setiap hari Isnin selama setahun.

Pelayaran ini akan merancakkan lagi sektor pelancongan di Melaka dengan membawa jumlah pelancong yang cukup besar.

"Kerajaan negeri amat menghargai Genting Dream Cruise memilih Melaka sebagai destinasi pada setiap hari Isnin selama setahun.

“Pastinya,ia akan menjadikan Melaka sebagai pilihan utama pelancong yang meminati kaedah pelancongan kapal persiar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ketibaan Kapal Persiaran Genting Dream di Kompleks Imigresen,Kastam dan Kuarantin (ICQS) di sini,hari ini.

Mengulas lanjut,beliau turut menggesa pemain industri untuk bersedia menerima kehadiran pelancong daripada kapal persiar tersebut pada setiap minggu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.