UniMAP jalin kerjasama dengan Termez State University

2024-11-14 HaiPress

Foto UniMAP

PAUH PUTRA,14 November - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Termez State University (TerSU) dari Uzbekistan.

Kerjasama antara UniMAP dan TerSU ini melibatkan projek yang bertajuk ‘Visible Light Communication (VLC) With Adaptive Encoder Decoder (ADE) – OCDMA Model’ yang diketuai Dr. Norizan Mohamed Nawawi dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik (FKTEN),UniMAP serta Profesor Dr. Normurodov Chori dari TerSU.

Naib Canselor UniMAP,Profesor Datuk Dr. Zaliman Sauli memaklumkan,Teknologi Perhubungan Cahaya Terlihat (VLC) menggunakan cahaya untuk pemindahan data tanpa wayar dan menghadapi cabaran dalam menguruskan banyak pengguna sekali gus,terutamanya dalam persekitaran dengan banyak sumber cahaya.

"Teknik-teknik maju seperti Non-Orthogonal Multiple Access (NOMA) membolehkan pelbagai pengguna menyambung ke satu sumber cahaya dengan lebih cekap,meningkatkan kadar data dan mengurangkan kesilapan berbanding kaedah lama.

"Objektif projek ini adalah bagi membentuk Encoder Decoder baharu untuk rangkaian Perhubungan Cahaya Terlihat dan menganalisis sistem ini untuk peningkatan kadar data hingga 10Gbps,"kata Dr. Zaliman.

Dr Zaliman mewakili UniMAP,manakala pihak TerSU pula ditandatangani oleh Rektornya,Profesor Tashkulov Abdukodir Khamidovich.

Pemeteraian bersejarah yang disaksikan oleh Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniMAP di Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin,Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.