2024-11-15 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,15 November- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM33.07 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.57 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik,yang terdiri daripada tender bernilai RM2 bilion selama tujuh hari,tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1 bilion selama 94 hari.
Ia turut menawarkan tender repo berbalik Islam (SBBA) bernilai RM500 juta untuk tujuh hari.
Selain itu,BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.6 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.1 bilion.- BERNAMA