2024-11-15 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,15 November- Ekonomi negara berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga tahun 2024,didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
Menerusi kenyataan,Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan,aktiviti pelaburan disokong oleh perbelanjaan yang kukuh bagi struktur serta jentera dan peralatan manakala perbelanjaan isi rumah terus meningkat berikutan keadaan pasaran pekerja yang positif dan sokongan dasar.
Dalam sektor luaran,eksport terus mengukuh berikutan permintaan luaran yang semakin pulih dan limpahan positif daripada peningkatan kitaran teknologi global.
Sementara itu,import juga berkembang pada kadar yang lebih pantas,berikutan permintaan barangan modal dan barangan perantaraan yang kukuh untuk menyokong peningkatan pelaburan dan perdagangan.
Secara keseluruhan,ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2 peratus bagi tiga suku pertama tahun 2024.